Tuesday, February 10, 2009

Ucapan Aluan



Assalammualaikum w.b.t.

Terimakasih kerana anda sudi melayari blog ini dan saya merasa amat berbesar hati, Insyaallah mudah-mudahan syafaat yang akan anda perolehi.
Antara sebab yang membuatkan saya menceburi bidang takaful hayat ini adalah timbul kesedaran pada diri saya bagaimana ia dapat membantu kaum keluarga, sanak saudara mahupun kawan-kawan yang mana akan berlaku pada diri kita semua bila ditimpa musibah yang kita tak tahu bila tibanya. Ketika saya menulis rencana ini, saya percaya ramai orang di luar sana yang masih belum memiliki polisi takaful hayat kerana mungkin kurangnya kesedaran,percayalah ia amat berguna bila kita memerlukannya satu hari nanti.

Pernahkah kita terfikir, semua orang pasti akan menghidapi sakit, ditimpa kemalangan atau pergi buat selama-lamanya?. Namun kita masih belum sedar dan bila tersedar sayangnya semua sudah terlambat...."

Pergi tidak meninggalkan harta untuk orang yang dikasihi, malahan meninggalkan bebanan hutang pada si waris.

"Kalaulah aku ada perlindungan insuran/takaful... tidaklah aku sekeluarga dalam kesusahan begini... "

Oleh itu, marilah kita renungkan bersama...
Hadis Riwayat Al-Bukhari :
" Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta "
Pesan ibu :
" Berusahalah nak,banyakkan berdoa dan bantulah mereka dengan seikhlas hati mudah-mudahan kau akan berjaya satu hari nanti.... "

1 comment:

  1. Wah, a good blog, good service and good person...really recommend it, good luck Mr Ateh...

    best regards,
    Syahruddin
    malaysiangolfer.com

    ReplyDelete