Thursday, December 11, 2008

Takaful Puteri (Khas untuk WANITA)

Penghargaan kepada Kaum Wanita


Peranan anda sebagai seorang anak, isteri atau ibu sangatlah dihargai. Anda disanjungi dan dihormati sebagai seorang insan yang menyatukan dan membawa keharmonian hidup kepada ahli-ahli keluarga anda. Sebagai seorang wanita, anda dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi untuk memelihara dan berusaha dengan gigih di dalam segala yang anda hadapi.

Kaum wanita telah menempuh pelbagai cabaran sepanjang zaman. Di dalam perubahan itu, tanggapan terhadap wanita telah berubah daripada insan yang lemah kepada kaum moden yang gigih dan berdikari.

Walau bagaimanapun, di dalam perjalanan kehidupan harian anda mungkin menghadapi beberapa risiko kepada kesihatan anda. Struktur badan membuatkan anda lebih cenderung pada beberapa penyakit spesifik yang dihadapi oleh kaum wanita.

Di PruBSN, kami menghargai dan memahami keperluan anda sepenuhnya. Dengan itu, kami telah menyediakan suatu pelan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan untuk menghayati kehidupan anda dengan sepenuhnya di samping menyediakan anda untuk menghadapi apa-apa cabaran hidup yang mungkin timbul.

Memperkenalkan Takaful Puteri

Takaful Puteri adalah suatu rider yang dicipta khas yang memberi anda perlindungan terhadap kesan kewangan akibat rawatan perubatan yang mahal yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita.

Rider ini boleh dikaitkan dengan Pelan Takafulink anda. Ia memberi anda perlindungan yang menyeluruh serta fleksibiliti yang amat sesuai untuk tujuan ini. Rider Takaful Puteri ini didapati dalam dua pelan yang istimewa:

  1. Takaful Puteri
    Pelan ini memberi anda perlindungan terhadap pelbagai penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita.
  2. Takaful Puteri Plus
    Pelan ini dicipta khas untuk memberi anda perlindungan yang MENYELURUH dan banyak lagi. Selain daripada penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita, ia juga memberi perlindungan terhadap kerumitan semasa tempoh hamil dan penyakit kongenital bayi.

Apakah Manfaat-Manfaat Yang Anda Akan Terima?





Kami menyediakan pelbagai pelan untuk memenuhi keperluan anda


Setiap tuntutan akan mengurangkan Jumlah Dilindungi bagi Tempoh Hayat. Apabila Jumlah Dilindungi bagi Tempoh Hayat ini telah digunakan sepenuhnya, Takaful Puteri akan terhenti.

Sila klik imej di bawah untuk jadual yang lebih jelas.


Nota:



  • Manfaat Penjagaan Wanita – Boleh dituntut hanya sekali di dalam tempoh hayat seseorang peserta.
  • Manfaat Penjagaan Ibu - Boleh dituntut hanya sekali di dalam tempoh hayat seseorang peserta.Boleh dituntut hanya selepas satu (1) tahun daripada tarikh Sijil Takaful atau pada tarikh penyambungan semula (untuk sijil yang luput).
  • Penyakit Kongenital Bayi – Boleh dituntut sekiranya bayi tersebut dapat bertahan lebih 30 hari selepas kelahiran dan diberi diagnosis di dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.

Siapakah Yang Layak Untuk Takaful Puteri?

Peserta wanita yang mempunyai Pelan Takafulink yang sedia ada adalah layak untuk memohon rider Takaful Puteri ini.

Takaful Puteri Plus

  • Berumur di antara 19 dan 40 tahun pada tarikh lahir akan datang
  • Syarat-syarat manfaat sehingga umur 60, 70 atau 80 tahun
  • Manfaat-manfaat Penjagaan Ibu dibayar sehingga umur 50 tahun sahaja


Takaful Puteri

  • Berumur di antara 19 dan 60 tahun pada tarikh lahir akan datang
  • Syarat-syarat manfaat sehingga umur 60, 70 atau 80 tahun
  • Sekiranya anda ingin menerima perlindungan sehingga umur 60 tahun, umur anda mesti di antara 19 dan 50 tahun
Apakah bayaran yang dikenakan ?


Tabarru’

  • Jumlah yang rela dilepaskan oleh peserta untuk membantu menyumbang kepada manfaat semua peserta yang layak mendapat manfaat.
  • Dana tabungan untuk tujuan perpaduan dan kerjasama antara peserta dan digunakan untuk membantu semua peserta yang ditimpa kesusahan.
  • Dikenakan setiap bulan berasaskan usia, jantina, tabiat merokok dan jumlah dilindungi.

Caj Pengurusan Risiko

  • 30% daripada Jumlah Kasar Tabarru’
  • Untuk pengurusan risiko Dana Tabarru’
  • Ditolak dari Tabarru’ setiap bulan
Yuran dan bayaran mungkin berbeza dari masa ke semasa dengan memberikan notis 90 hari.


Perkongsian Lebihan

Setiap peserta adalah berhak berkongsi lebihan pengunderaitan dan keuntungan pelaburan, jika ada. Lebihan pengunderaitan dari Dana Tabarru’ akan diagihkan kepada peserta-peserta dengan mengkreditkan semula ke dalam ISA mereka dan membeli lebihan unit dalam PUA, manakala keuntungan pelaburan akan dikongsi di antara peserta-peserta dan syarikat sebanyak 70% dan 30% masing-masing.

Apakah Pengecualian Tersebut ?
Pengecualian umum tersebut ialah :

Manfaat Penyakit Wanita
  • Kecederaan yang disengajakan

  • Peperangan, rusuhan, pemogokan atau kekacauan awam

  • AIDS atau kehadiran sebarang jangkitan HIV

  • Alkohol atau penyalahgunaan bahan / ketagihan
  • Sebarang pelanggaran atau percubaan melanggar undang-undang atau menentang percubaan penangkapan
  • Sebarang pembedahan elektif, kosmetik atau pembedahan plastik (melainkan diperlukan akibat kecederaan dari kemalangan atau penyakit)
  • Sukan profesional, sebarang jenis perlumbaan, penyelaman skuba, aktiviti-aktiviti sukan udara dan mana-mana aktiviti atau sukan yang merbahaya.

Yang boleh digunakan untuk Komplikasi Kehamilan dan Penyakit Kongenital Bayi sahaja adalah :
  • Sebarang kehamilan akibat daripada rawatan kesuburan, termasuk persenyawaan in-vitro

  • Pilihan menamatkan kehamilan selain daripada sebab-sebab perubatan
Tempoh Hidup

Manfaat-manfaat hanya akan dibayar dengan syarat :
  • Orang yang Dilindungi masih hidup 30 hari selepas penyakit-penyakit di bawah Manfaat
    Penjagaan Wanita atau Kategori Pertama Manfaat Penjagaan Ibu didiagnosis.
  • Anak kepada Orang yang Dilindungi masih hidup 30 hari selepas penyakit-penyakit di bawah Kategori Kedua Manfaat Penjagaan Ibu didiagnosis.

Tempoh Menunggu

  • Takaful Puteri boleh dibayar pada kejadian pertama penyakit masing-masing; dan simptom pertama boleh kelihatan selepas tempoh menunggu seperti yang ditetapkan oleh jadual di bawah. Tempoh menunggu bermula dari tarikh Sijil Takaful atau tarikh penyambungan semula (untuk sijil yang luput).
Sila klik pada jadual di bawah untuk jadual yang lebih jelas.






Glosari Penyakit Wanita

Kami telah melampirkan satu deskripsi ringkas mengenai beberapa keadaan yang diliputi untuk memberi anda pemahaman yang lebih jelas terhadap penyakit-penyakit ini. Definisi ini adalah hanya satu contoh ringkas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada dokumen sijil.


Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis

Satu penyakit di mana badan mengeluarkan antibodi-antibodi sistem kolagen badan (seperti kulit, tulang, ligamen dan rawan). Perlindungan adalah terhad kepada keadaan yang melibatkan buah pinggang.

Karsinoma-in-situ Payudara atau Uteri Serviks

Keadaan sebelum kanser di mana kanser berkumpul dalam payudara/uteri serviks dan tidak tersebar ke bahagian badan yang lain.



Penyebaran Penggumpulan Intravaskular

Satu penyakit darah dengan pendarahan/pembekuan yang mengancam nyawa. Ia memerlukan rawatan plasma dan platelet. Perlindungan hanya akan diberi sekiranya keadaan muncul setelah 7 bulan mengandung.

Kehamilan Luar Rahim

Kehamilan yang berlaku di luar uterus (rahim).

Sindrom Down

Satu penyakit genetik di mana kanak-kanak dilahirkan dengan ciri-ciri fizikal tertentu dan keperluan-keperluan khas.

Kecacatan Septum Ventrikel

Satu penyakit jantung kongenital (wujud sejak kelahiran) yang melibatkan satu lubang di dinding pemisahan di antara bahagian bawah kiri dan kanan ruang jantung.

Kecacatan Septum Atrial

Satu penyakit jantung kongenital yang melibatkan satu lubang di dinding pemisahan di antara ruang kiri dan kanan jantung.

Spina Bifida

Satu pembukaan di dalam tulang belakang yang dapat dilihat semenjak kelahiran, disebabkan oleh kekurangan penyatuan vertebra. Ia mengakibatkan masalah saraf di bahagian bawah badan (pinggul dan kaki).

Lelangit Rekah

Satu rekahan kongenital lelangit yang biasa dikaitkan dengan bibir kiri. Pembayaran hanya akan dibuat untuk kes-kes lelangit rekah, atau lelangit rekah dan bibir rekah. Tuntutan untuk bibir rekah sahaja tidak dibenarkan.


Rider Takaful Puteri adalah produk mematuhi Syariah


Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut dan pendaftaran :
ATEH
013-2325533 / 019-2392448
hairuzaman@prupartner.com.my





No comments:

Post a Comment