Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah.
Pelan Takafulink Prudential BSN (PruBSN) adalah pelan Takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. Ia dirangka dengan matlamat untuk menangani keadaaan-keadaan tidak menentu dalam hidup anda dengan memberi fleksibiliti kepada anda untuk mengawal hidup anda sepenuhnya. Dengan mematuhi nilai-nilai yang menjadi pegangan anda, ia juga membolehkan anda mengawal gaya hidup anda.
Does the Takafulink Plan Work for Me?
Bagaimana Pelan Takafulink bertindak untuk saya ?
Untuk Perlindungan Anda
Kami akan membantu anda merancang tahap perlindungan yang sesuai untuk anda dengan menjelaskan semua elemen Pelan Takafulink kepada anda.
Kematian :
Jumlah yang dilindungi dan nilai baki dalam Unit Akaun Peserta (PUA)* dan Akaun Khas Individu (ISA)** akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia.
* PUA adalah akaun unit-unit yang diperuntukkan, bergantung kepada jumlah sumbangan berkaitan yang dibayar.** ISA adalah akaun sumbangan manfaat tambahan yang dibayar.
Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) :
Jumlah yang dilindungi akan dibayar sekiranya anda mengalami HUPK sebelum mencapai usia 60 tahun, manakala unit-unit dalam PUA dan nilai ISA akan kekal dalam akaun anda.
Manfaat Pilihan & Tambahan
Accidental Death and Disablement, Accidental Medical
Reimbursement :
Memberi manafaat kemalangan untuk ditambah kepada manfaat perlindungan utama anda.
Medical Cover : Sekiranya anda dimasukkan ke hospital disebabkan kesakitan atau kecederaan, anda akan menerima bayaran tunai tetap untuk Bantuan Kemasukan Hospital, Bantuan Penjagaan Rapi dan Bantuan Prosedur Pembedahan. Major Medical Cover : |
Hospital Benefit :
Memberikan bantuan tunai harian sekiranya anda dimasukkan ke hospital.
Manfaat ini dibayar setiap tahun sekiranya anda mengalami HUPK atau penyakit kritikal sebelum mencapai usia 60 tahun.
Crisis Shield :
Memberi perlindungan daripada penyakit kritikal, yang sedia untuk digunakandi saat-saat anda paling memerlukan.
Memberi bantuan tunai mingguan jika peserta kehilangan upaya disebabkan kemalangan.
Contributor :
Membayar manfaat tahunan sekiranya anda diserang penyakit kritikal. Bayaran dihentikan apabila anda meninggal dunia.
Sekiranya pasangan atau ibu bapa anda meninggal dunia, atau mengalami HUPK sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan menghidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu anda membayar sumbangan kepada pelan Takaful pada masa hadapan. Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila anda meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun.
Untuk Keperluan Simpanan Anda
- Kami juga akan membantu anda merancang simpanan anda dengan menawarkan pelbagai dana untuk pelaburan anda.
- Sebahagian daripada sumbangan anda mengikut perkadaran yang ditetapkan akan digunakan untuk membeli unit-unit daripada dana Takafulink pilihan anda.
- Sumbangan diperuntukkan menurut tahun sijil dan peratusan yang sepadan dengannya.
Dana Takafulink
Pilih dana Takafulink yang diluluskan di bawah undang-undang Syariah dan sesuai dengan keperluan pelaburan dan toleransi risiko anda.Takafulink Dana Ekuiti
- Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa pertengahan hingga panjang, dengan melabur dalam saham bermutu tinggi yang diluluskan di bawah undang-undang Syariah dan disenaraikan di Bursa Malaysia.
- Untuk peserta dengan toleransi risiko yang tinggi dan berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang
Takafulink Dana Bon
- Bertujuan untuk memberikan pengumpulan modal jangka masa pertengahan hingga panjang, dengan melabur dalam sekuriti terpilih yang diluluskan di bawah undang-undang Syariah.
- Untuk peserta dengan toleransi risiko yang rendah hingga sederhana dan berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang.
- Dana diuruskan yang bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa pertengahan hingga panjang. Ini dicapai dengan melabur dalam saham dan sekuriti yang diluluskan di bawah undanh-undang Syariah menerusi Takafulink Dana Ekuiti dan Takafulink Dana Bon dan mana-mana dana Takafulink sedemikian yang boleh didapati pada masa hadapan.
- Untuk peserta dengan toleransi risiko yang sederhana hingga tinggi dan berminat dalam pelaburan jangkamasa pertengahan hingga panjang.
- Setiap peserta layak berkongsi lebihan pengunderaitan dan keuntungan pelaburan, jika ada. Lebihana pengunderaitan, jika ada, akan diagihkan kepada peserta dengan mengkreditkannya semula ke dalam ISA mereka dan membeli unit-unit tambahan dalam PUA, manakala keuntungan pelaburan akan dikongsi antara peserta dan syarikat pada nisbah yang dipersetujui terlebih dahulu.
- Membezakan jumlah perlindungan Takaful untuk kematian dan kehilangan upaya tanpa menjejaskan sumbangan anda.
- Meningkatkan perlindungan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kririkal, kemalangan, perubatan, kehilangan upaya dan manfaat tambahan lain
- Mengumpul dana persaraan dengan memilih mana-mana dana Takafulink yang diluluskan di bawah undang-undang Syariah dan boleh menghasilkan pulangan lebih tinggi daripada akaun simpanan bank dalam jangka masa panjang
- Anda boleh menukar pelaburan anda antara dana Takafulink yang diluluskan di bawah undang-undang Syariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yang boleh dipindahkan ialah RM1,000.
- Anda boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa untukmemenuhi keperluan anda yang berubah. Pengeluaran minimum ualah RM1,000. Pengeluaran boleh dibuat dengan syarat nilai baki unit sekurang-kurangnya RM4,000.
Siapa yang boleh menyertai Pelan Takafulink ?
- Sesiapa yang berusia antara 18 hingga 60 tahun boleh menyertai pelan ini. Anda juga boleh menyertai pelan ini untuk anak anda yang berusia 18 tahun.
- Tentukan keperluan perlindungan anda, seperti perlindungan asas dan manfaat pilihan dan tambahan lain.
- Tentukan jumlah yang mampu anda ketepikan setiap bulan. Dengan Pelan Takafulink, anda boleh mula melindungi kesihatan dan masa depan kewangan anda dengan serendah RM3.33 sehari.
Apakah bayaran yang dikenakan**** ?
Caj Servis Wakalah - Perbelanjaan khidmat sijil yang didebit daripada Akaun Unit Peserta (PUA)- RM5 dibayar setiap bulan
Tabarru'
- Jumlah yang sanggup dilepaskan oleh peserta untuk membantumenyumbang kepada manfaat semua peserta yang layak mendapat manfaat
- Dana Tabungan untuk tujuan perpaduan dan kerjasama antara peserta, digunakan untuk membantu semua peserta yang ditimpa kesusahan
- Dikenakan setiap bulan berasaskan usia, jantina, tabiat merokok, kelas pekerjaan (jika ada) dan jumlah dilindungi
Yuran Pertukaran Dana
- Satu pertukaran percuma setiap tahun
- Yuran ditetapkan pada kadar 1% (tertakluk kepada maksimum RM50) bagi pertukaran seterusnya dalam tahun yang sama
- Yuran dikenakan setiap hari berasaskan nilai dana PUA sewajarnya dan diperlihatkan dalam harga unit
Yuran Wakalah Pengurusan Risiko
Yuran Wakalah Pengurusan Hadapan
|
Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut dan pendaftaran :
ATEH
013-2325533 / 019-2392448
hairuzaman@prupartner.com.my
No comments:
Post a Comment